Sunday, 20 March 2011

How to snap with drop of rain

Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak kongsikan cara macam mana saya ambil gambar dengan titisan air hujan seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Dan semoga teknik yang disharekan ini dapat menjadi starting point untuk efek yang lebih kreatif dari anda sendiri.

Perhatian : Post ini hanya ditujukan kepada beginner atau sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya sahaja. Tidak bertujuan untuk menyangkal fakta dan menyinggung mana – mana pihak. Jika tidak bersetuju sila tinggalkan dengan segara. Semoga semua mendapat faedah.

Baiklah, terlebih dahulu mari kita fikirkan sedikit bagaimana kita cam, suka dan tahu bahawa itu adalah gambar yang ada titisan air hujan dan bagaimanakah untuk kita mendapat kesan visual dan impak maksimum dengan air hujan dari sebuah gambar? Setelah saya fikir – fikirkan akhirnya saya dapati kita dapat mengenal titisan air hujan kerana beberapa perkara iaitu bahagian hujungnya (atas dan bawah), pergerakannya dari atas kebawah dan kadang – kadang mungkin juga secara melintang mengikut graviti dan kesan angin (jika menggunakan shutter speed yang sesuai kita akan dapat kesan pergerakan ini). Dan kita juga boleh cam air hujan dengan mudah apabila ianya terasing dari elemen lain seperti background, foreground dan subjek itu sendiri.

Aperture : Aperture yang perlu digunakan seeloknya adalah sebesar mungkin dan dalam gambar yang disertakan adalah f/2.8 kerana pada nilai aperture ini Depth of Field adalah pada paling sempit atau sedikit lingkungannya. Jadi hanya subjek yang difokus akan kelihatan sharp manakala yang lain akan beransur – ansur menjadi blur mengikut jarak dari subjek yang difokus. Ini amat bagus untuk titisan air hujan kerana kita boleh nampak titisan air hujan yang sama level dengan subjek yang difokus akan kelihatan sharp atau halus jalurnya jika terdapat pergerakan berbanding titisan air hujan pada bahagian yang tidak sama level dengan kawasan yang difokus yang akan kelihatan mengembang secara beransur – ansur. Ini akan memberi kesan visual seolah – olah gambar itu 3D kerana terdapat kedalaman ruang yang disebabkan kesan beransur – ansur (gradient) itu.

Shutter Speed : Untuk mendapatkan titisan air hujan yang sedap dipandang iaitu kesan air hujan yang ada sedikit kadar pergerakan tetapi tidak terlampau panjang kesan pergerakannya (hingga nampak seperti jalur – jalur yang sangat blur) yang diakibatkan oleh penggunaan shutter speed yang perlahan dan tidak pula terlampau pendek (hingga nampak seperti bintik –bintik yang sangat kecil sehingga sukar dikesan) yang diakibatkan oleh penggunaan shutter speed yang yang terlampau tinggi. Jadi di sini saya maksudkan penggunaan shutter speed yang ideal iaitu sekitar 1/100th sehingga 1/320th mengikut keadaan hujan, iaitu dari 1/100th untuk hujan yang tidak lebat sehingga 1/320 untuk hujan lebat . Dalam gambar di atas shutter speed yang digunakan adalah 1/160 dengan kadar hujan yang biasa. Jadi maksud saya di sini adalah untuk merakam subjek dengan kadar pergerakan air hujan yang ideal supaya kita dapat lihat dalam gambar tu bahawa keadaan sedang hujan.

ISO : Penggunaan ISO pula bergantung kepada kedua – dua setting di atas dan keadaan pencahayaan pada ketika itu.Apabila shutter speed dan aperture telah ditetapkan untuk mengikut cita rasa kita maka yang terakhir perlu disetkan secara tepat adalah ISO. Tidak terlalu tinggi hingga gambar menjadi overexposed dan banyak noise dan tidak pula terlalu rendah hingga gambar menjadi underexposed dengan setting yang ditetapkan. Jadi pandai – pandai lah.

Focal Length : Kenapa saya tekankan focal length dalam post ini? Kerana focal length memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan gambar dengan titisan air hujan yang cantik. Seperti semua sedia maklum semakin tinggi focal length semakin tinggi magnification (kadar pembesaran) untuk objek yang berada pada jarak yang sama berbanding focal length yang lebih rendah. Dan seperti semua sedia maklum penggunaan focal length yang tinggi akan menghasilkan kesan visual seolah – olah objek di background menjadi lebih besar dari sepatutnya dengan subjek sama besar dalam frame berbanding menggunakan focal length rendah. Ini akan menyebabkan kesan titisan air hujan kelihatan lebih besar dari sepatutnya dan lebih mudah dikesan oleh mata berbanding kesan air hujan yang halus dan sukar dikesan apabila menggunakan focal length rendah. Lebih tinggi focal length yang digunakan lebih besar titisan air hujan yang kelihatan dengan saiz subjek yang masih sama dalam frame berbanding focal length yang rendah. Dalam gambar di atas focal length yang digunakan adalah 105mm. Cuba anda bayangkan betapa cantiknya gambar apabila menggunakan lens dengan focal length yang lebih tinggi contohnya 200mm ke atas. Titisan air hujan akan nampak lebih besar.

Macam mana kalau saya ada kit lens sahaja? : Memang tak dapat dinafikan penggunaan kit lens agak terhad sebab aperture tak boleh sampai f/2.8 dan kadang – kadang kit lens 18055mm hanya mempunyai focal length maksimum 55mm sahaja. Jadi apa anda boleh buat adalah mendapatkan yang terbaik daripada kit lens itu walaupun keputusannya tidak mampu menandingi lens –lens lain yang lebih mahal. Caranya adalah zoom ke maksimum (55mm pada kit lens 18-55mm dan 105mm pada kit lens 18-105mm), setkan aperture ke nilai f paling kecil iaitu sekitar f/5.6 apabila dizoomkan pada focal length maksimum rapatkan jarak lens ke subjek dan setkan setting lain seperti biasa. Dan anda akan mendapat kesan yang tidak kurang hebatnya.

Dan untuk kesan lain anda boleh kembangkan lagi dari idea yang saya kongsikan ini. Semoga mendapat faedah... Jangan salahkan saya kalau kamera anda rosak masuk air. hehehe :p


Splash of colour


World in rain

No comments:

Post a Comment